Nov 30, 2010 12 comments

Gadis Semasa


Aku suka dengar lagu ni...
Muzik dan liriknya yang catchy memang sempoi didengar..
Yuna memang best n brilliant!
Syabas Yuna!
Chill~


p/s: sedang menunggu video klip Gadis Semasa yg official..

Nov 28, 2010 56 comments

Roadblock


~Benda ni aku paling menyampah sekali kalau tengah syok2 bawak motor or drive kereta..~

Sejak 2menjak ni, makin aktif pulak pihak-pihak berkuasa yang sibuk buat roadblock, tak kira la pagi ke petang ke malam ke, subuh pun ada!! ko ada???
Memang bagus pun ada roadblock ni, sekurang2nya boleh mengurangkan beberapa masalah yang memang susah nak diatasi.. Pada yang tak suka ikut arahan time atas jalan raya, sekurang-kurang dorang ikut jugak peraturan tu time ada roadblock! Bagus la rakyat Malaysia yang mcm gini kan?! ekeke

Aku pun sama gak! ngeh3.. Kalau drive, time ada roadblock baru la sibuk nak cari tali pinggang hitam keledar!! Kalau tak ada roadblock, kenal dengan tali pinggang pun tidak.. Tapi kalau bawak motor, tak ada masalah punya... Tapi yang tak bestnya, bila ada roadblock, kita sebagai pembawak motor terpaksalah matikan enjin n turun dari motor, pastu godek2 belakang seluar amik dompet, n bagi lesen kat pemroadblock tu!! Part ni la yang aku benci sekali, benci sebab malas nak turun..!! Aku ni sikit punya suka mengelabah time terserempak dengan roadblock... Sampaikan nak tunjuk lesen n roadtax sampai terketar-ketar.. Kalau jumpa je dengan roadblock, mesti rasa cam nak lari or pusing balik.. Tapi apakan daya.. sob.. sobss...

Pembroadblock ni pun satu!! macam mana la orang nak suka kalau ada roadblock.. bila lesen n roadtax dah setel, boleh pulak dia cek or tilik satu persatu kat bahagian motor??! Nak cari jugak salah kita kan! Mencikk la macam ni..! So far, aku dah lama tak kena saman oleh dorang, kena warning banyak kali dah sebab plat motor aku tu.. tp ada aku kesah??! haha
nak tunggu kena saman baru nak kesah kan?!

P/s: korang suka ke dengan roadblock???
Nov 27, 2010 14 comments

Wajah-wajah Emas Malaysia di Sukan Asia Ke-16

Berakhir sudah cabaran-cabaran atlet negara di Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China..
Tahniah kat pasukan Malaysia yang membawa pulang 9 pingat emas..
Jom kita usha atlet mana yang berjaya menghasilkan emas untuk Malaysia

1. Chai Fong Ying - Wushu Taijiquan-taijijian


2. Mohd Azizulhasni Awang - Berbasikal Keirin


3. Andrian Ang & Alex Liew - Bowling Berpasukan

4. Alex Liew - Bowling Lelaki All Events

5. Datuk Nicol Ann David - Skuasy Perseorangan Wanita

6. Mohd Azlan Iskandar - Skuasy Perseorangan Lelaki

7. Ku Jin Keat - Karate Kata Individu Lelaki

8. R. Puvaneswaran - Karate Kumite Bawah 55kg Lelaki

9. Skuasy Berpasukan Wanita

Tahniah buat semua atlet-atlet Malaysia di Sukan Asia ke-16..!
Tak lupa pada atlet-atlet yang menang perak dan gangsa!
MALAYSIA BOLEH!!

p/s: 9 is my lucky number!
Nov 26, 2010 27 comments

Lisa Surihani & 1 Juta Fan!


~This super duper lovely from Lisa Surihani's FB fan page~


Wahhh!! Si cantik manis ni dah macam artis Hollywood yang ramai peminat. Now, fan Lisa Surihani dah melebihi 1 Juta orang di Facebook!
Perghh... cayalah..!!

Thumb's Up untuk Lisa Surihani ;)
Nov 25, 2010 4 comments

Pelaburan Yang Efektif


~Wah3... Banyaknya emas!!! Nak 1 Boleh??~
boleh..! boleh blah!!

Zaman sekarang ni semua nak kaya kan?? kan? kan? korang pun ape kurangnya kan?! kan? kan?.. aku pun sama! ahaks tak salah nak kaya, tapi jangan sampai mencuri, merompak, menipu dan lain-lain lagi yang mampu memudaratkan diri sendiri dan terutama sekali hidup orang lain.. Macam-macam sekarang ni orang buat untuk nak jadi kaya, jual ni jual itu, masuk ini masuk itu.. tak kira yang tua atau yang muda, sama-sama galak nak kaya.. Bagus-bagus..! Disitu nampak usaha untuk jadi kaya.. Entri kali aku nak share dengan korang tentang pelaburan yang paling efektif untuk korang yang ingin menambahkan duit yang dah banyak tu..

Emas bukan sekadar besi berharga yang dijadikan barang perhiasan untuk wanita tapi dia ada "store value"nya yang tersendiri yang merupakan pelaburan yang paling efektif.. Dengan melabur dengan menggunakan emas, ia bermakna emas bukanlah sekadar untuk dipakai atau disimpan dan tidak boleh diniagakan di mana-maan pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan memyebabkan perubahan pada harga emas tersebut menjadi semakin tinggi. Masa itulah korang boleh melipat gandakan keuntungan korang dengan menjual emas tersebut.. Contohnya, beberapa tahun lepas seorang mak cik pergi kedai emas lalu membeli emas dengan harga RM1000. Tahun ni masa harga emas tengah tinggi, mak cik tersebut pergi ke kedai emas nak jual emas yang dibeli beberapa tahun lepas tu, tokey emas cakap, harga emas mak cik tu RM3000 lebih nilainya,, Tak ke terkejut beruk mak cik tu! Suka bukan kepalang lagi, boleh beli emas lain pulak yang lebih mahal or guna duit tu wat pergi haji.. Korang nampak tak disitu kegunaan emas dalam pelaburan.. Memang sangat-sangat menguntungkan.. Daripada simpan duit dalam bank, ASB, ASN or etc, yang dividen yang tak seberapa, baik beli emas.. Kalau takut emas tu hilang, boleh simpan dalam bank.. Tak rugi.!
Nov 24, 2010 9 comments

Bring It To Da Max III



let's rockin dance floor...

Nov 23, 2010 7 comments

Addicted!



Sekarang dah mula addicted dengan Hawaii Five-O original version.. Layan season 1 dulu kat AXN channel 701 Astro.. Aku tak suka sangat nak mendownload drama2 or filem2.. hehe.. Memang best versi ni... Memang style... Tak reti nk cakap banyak pasal cter ni, yg boleh aku bagitau citer ni ala2 CSI la.. Drama ni drama American punyer dan fully set in Hawaii... Sambil2 tu layan gak Hawaii Five-O yang baru... Sape2 yang minat GERAK KHAS drama2 berunsur kepolisan, citer ni memang patut ditengok..

Ni sedikit sinopsis Hawaii Five-One original version aku copypaste dari wikipedia:~

Hawaii Five-O is an American television series produced by CBS Productions, and set in Hawaii. The show originally aired for twelve seasons from 1968 to 1980, and continued in reruns. The show featured a fictional state police unit run by Detective Steve McGarrett, played by actorJack Lord. The theme music composed by Morton Stevens became especially popular. Most episodes would end with McGarrett instructing his subordinate to "Book 'em, Danno" sometimes specifying a charge such as "murder one."
Nov 21, 2010 83 comments

Kucing... TAKUT @ TAK SUKA?

Kucing??? Sape yang tak kenal kan? Kalau ada yang tak kenal, tak lama la dia tu!!


Comel kan kucing-kucing kat atas tu kan? Sweet je.. ! Kucing sape la tu??!

Entri kali ni bukan ak nak kenalkan korang dengan kucing tapi aku nak dedahkan korang pasal rahsia aku yang tak berapa nak tersimpan rapi.. Sape-sape yang rapat dengan aku confirm tahu rahsia ni. Korang nak tahu tak ni? Mesti tak nak tahu kan?? hehe..

Yang sebenarnya................ Dragon Ball ada 7 bijik kesemuanya! aku ni takut kucing!!!! Oh tidakkk!!!! huk3.. Percaya tak korang dengan ak ni??? Tolonglah percaya... hahadooii!!

Bukan takut tapi aku TAK SUKA dengan kucing. Aku pun tak tahu nape aku tak suka kucing, maybe tak ada chemistry kot aku dengan kucing.. Ceh!! Macamlah kucing tu suka sangat dengan aku!! Paling tak best, bila lepak-lepak kat kedai makan selalu je ada kucing, tu yang tak best tu. Nak3 kucing yang jenis mengada-ngada or tergedik-gedik buat manja.. Suka main gesel2 kat kaki, kan kena penyepak baru tahu... Hahadooiii!! Geli dowww!! haha.. Kat rumah aku ni memang tak pernah bela kucing, kalau ada pun kucing jiran2 tetangga.. ahaks... Tapi memang siaplah kucing tu kalau jumpa aku kat rumah. hak3. Tapi tak lah jahat sangat ak ni sampai nak seksa kucing-kucing yang cari pasal dengan aku tu. Just ringan2 je Cukup sekadar sergah, kalau ada yang degil siaplah!! hehe..


TAPI!!!!



KALAU DATANG YANG MACAM NI MACAM MANA???

MAKKKKKKKKKKKKK!!!!!
Harus!
Nov 20, 2010 20 comments

Lagu Untuk Bloggers


`

Just The Way You Are by Bruno Mars...
This songs is very special dedicated for all bloggers especially followers SEMBILAN DECEMBER...
Thanks 4 ur supporting guys...

KEEP UP BLOGGING EVERYONE ;)


Nov 19, 2010 22 comments

Tumbangnya Seekor Lembu Hitam

Selamat Hari Raya haji wahai para2 blogger semua... Meh aku nak share sikit ape yang terjadi masa hari raya aji aritu.... Lambat sikit post.. Pagi raya mcm biasa la rutinnya, bangun pagi, mandi, g semayang raya, balik umah, makan dulu.. lepak2 kat umah jap, terus pergi umah nenek yg tak jauh dari umah aku.. kat sana ada event besar.. hak3.. semua family belah mak aku wat korban. Seekor lembu hitam adalah mangsanya... Haishhh.. lembu hitam ni memang sangat ganas dan agresif.. Tak padan dengan hitammm!!!
Lembu sapa la ni??



~ Rupa si lembu hitam yg mula2 berlagak cute, konon glamer katanya..~


~ Misi untuk merebahkan si lembu hitam sedang bermula....~


~ Si lembu hitam dah mula bertindak agresif dan ganas.... ~


~ Memang degil yang amat si lembu hitam ni... nasib kudrat manusia tu ramai..~


~ Si lembu hitam ni berkeraskan kaki dia, tak nak kena sembelih katanya.... ~


~ Last2, dengan skill yg ada tumbang juga akhirnya si lembu hitam...~
Alhamdulillah.. misi menyembelih si lembu hitam tu berjaya juga dilaksanakan..



~ Acara melapah si lembu hitam sedang giat dijalankan...~


~Event sebegini tak sah kalau tak ada penonton... ~






~ Sempat lagi dorang nk ber-ultramen dengan aku. Pantang nampa aku sikit.. Kesian kat aku, selalu jadi raksasa, nk gak join grup ultramen koranggg.... waaa..!~



p/s: 2 3 hari ni makan daging je, sampai tak ada selera... Makan maggi pun jadi sedapp..! :))

Nov 16, 2010 15 comments

Salam Eid-Adha 1431H/2010M



Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha
Khas Untuk Semua Rakan-rakan Blogger Yang Dikasihi & Diingati
Marilah Kita Bersama-sama Menghayati Erti Pengorbanan
Sesungguhnya Pengorbanan Adalah Kunci Kepada Sesebuah Kejayaan



13 comments

Bengkak Kaki ke Kaki Bengkak?

Adooiiiya!! tiba2 kaki aku bengkak malam tadi... Mula2 tak tau nape kaki tu bengkak, pikir punya pikir, lapan lagi lapan lagi, dan terus berpikir, last2 datang idea yg kaki aku terpeleot/gelecoh or whatever r, time petang tu.. memang sakit giler, nak berjalan pun seksa, besar lak tu bengkak dia so duk diam2 la sambil on9.. nasib time tido tak berasa sakit sangat.. Got my beauty sleep gtu.. haha!! Tp hari ni masih sakit n bengkak lagi... hadooiiii!


~ bukan kaki sebenar..~
Nov 15, 2010 25 comments

Natural Art


1st aku tengok benda aku imagin seorang ank sedap bermain2 dengan sungguh enak dengan ibunya... Main lambung-lambung. hak3.. Yang otak biru tu jangan pikir main lambung-lambung benda lain yek. Aku imagin, seorang ibu duduk bersila sambil memangku anaknya.. kira tengah spent time together2 la ni.. Tp kadang2 aku imagin anak tu macam orang utan la pulak dgn gayanya tu... Mana aku dapat amik gambar ni??? Oo.. pokok ni ada kat belakang umah jiran aku je.. hari2 aku pndang, mulalah duk berimagin.. ngeh3.. Ok2 dah2.. ni time korang pulak berimagin.. berimagin la sendiri.. hehe....


Nov 14, 2010 18 comments

Oh! Ben Williams


Ben Williams?? Sape pulak ni??? hadooiii!!! Sape2 yang tengok match bola sepak Sukan Asia Guangzhou 2010, Malaysia vs China petang tadi konpem tahu sape dia Ben Williams.. Match yg berkesudahan Malaysia dibelasah China 3-0 tu dikatakan tak fair sebab Ben Williams, ref dari Aussie..Kalau tengok memang sakit hati, tapi nak wat macam mana, dah kuasa ada kat tangan si Ben Williams.. Tup3.. bukak FB ada pulak timbul page Say No To Ben Williams.. haha. Setakat ni dah nak cecah 3000 peoples like this.! Macam2 peel boleh ditengok kat sana.. Adoihh.. sian pulak Ben Williams kena maki... kalau sape2 nak release tensen leh la usha2 kat page tu, konpem senyum sorang je... Haha.


~Nah! Amik ko...!~

Nov 13, 2010 26 comments

Masih Terpacakkah???



Kali ni aku nak share benda yang aku pakai kat rambut untuk pastikan rambut jadi kemas.. Dulu aku suka pakai minyak rambut yg macam2 jenis, selalu je tukar coz tak suka.. Ada yg bau tak sedap, ada yg berminyak sangat, ada yg tak tahan standing, pendek kata macam2 lah yg negatif impact. So, aku memcuba la minyak rambut jenis wax, seperti yg disuggestkan oleh seorang penggaya rambut, time tu aku tengok kat tv... Wax yang aku try tu wax dari Gatsby, Hard+Keep Styling Wax. Memang first pakai dah jatuh hati. Wax ni buat rambut tak berminyak, tak kering sangat n memang tahan lama kalau wat rambut terpacak.. ahaks...~ Bau wax ni pun bolehlah... Sekarang ni memamg setia kat wax yang satu ni... Memang puas hati.. !



Gunalah, Gatsby Styling Wax.. hak3...

Nov 12, 2010 20 comments

Kepala Lori Dalam Lori


Mak aii.. macam saspen je tengok gmbar tu... Hadooiii... Tiba2 jadi jakun jap, 1st time tengok kepala lori dlm lori.... Hak3.. Pic ni aku suh adik aku snap masa on da way pergi Mesra Mall beberapa hari lepas... Macam nakal je bila tengok kepala lori dalam lori ni... nasib baik tak dak orang tgh drive dalam kepala lori tu.. hahhahadoooiii..!
Nov 11, 2010 19 comments

Bait-bait Lagu Untuk Si Brokenheart

"Yesterday... All my troubles seemed so far away, now it looks as though they're here to stay, Oh! I believe in yesterday...", - Yesterday by The Beatles


"Why does every moment have to be so hard?? Hard to believe that...!", - Won't Go Home Without You by Maroon 5

"One more kiss could be the best thing, but one more lie could be the worst...", - Let Me Go by 3 Doors Down


"I don't love you like I did yesterday...", - I Don't Love You by My Chemical Romance


"It's all ending.. I gotta stop pretending who we are... You and me I can see us dying...are we?", - Don't Speak by No Doubt


"How could you be so heartless?? How could you be so Dr. Evil??", - Heartless by Kris Allen (cover version)


"I had sworn to myself that I'm content with loneliness....", - The Only Exception by Paramore


"As my memory rests, but never forgets what I lost..", - Wake Me Up When September Ends - Green Day


"Swallow me then spit me out! For hating u, I blame myself...", - Behind These Hazel Eyes - Kelly Clarkson


"How could this happen to me?? I made my mistakes, I’ve got no where to run...", - Untitled by Simple Plan


"I wanna stay in love with my sorrow, but God I wanna let it go..", - Lithium by Evanescence


"When you're gone, the pieces of my heart are missing you... I never felt this way before, everything that I do reminds me of you...", - When You're Gone by Avril Lavigne


"Cause I'm broken when I'm lonesome and I don't feel right when you're gone away...", - Broken by Seether feat. Amy Lee


"You're the best.. and yes I do regret, how I could let myself let you go???", - Thinking Of You by Katy Perry


"So hard to tell my self that you're gone..", My Immortal by Evanescence

Nov 10, 2010 0 comments

DiGi Pimp My Music Party



Wah3.. Bangun pagi2 lalu menge-check emel... Terpandang pulak emel dari Nuffnang, so ape lagi, terus buka.... Nuffnang bgtau aku secara kordialnya, dijemput ke DiGi Pimp My Music Party kat Velvet, Zouk KL, 11/11/10, 7pm. Yeay!!!! Party ni mcm best coz ada contest best dressed, so, sape2 yg berani pakai like2 Lady Gaga or Tokio Hotel, conpem leh menang Iphone 3GS. ahaks~ Tp......................... mcm tak bleh pergi je, coz dapat single invitation je pun.. hahadoooiii..! Kena tengok dulu mcm mana.. ! So, sape2 yg dapat invitation ni, gud luck 4 best dressed n best post-event blog post..! Kalau ada jodoh, c u there............ ;)
0 comments

Exhausted!


Hadoiii..... I'm very exhausted tonite....
Physically n emotionally exhausted.!
So, good nite everyone..
See u later..
..!!.
Nov 9, 2010 6 comments

Mencikk!!!

Tak sukanya aku!!!!!! Menyampah smpai termuntahhh!!
Adehh! Maaflah aku memang tak suka ko..!!
Nape la ko dapat masuk top 6 jugakkkkk!!


Adoiii!! Meroyan jap.... Ni pasal result Muzik-Muzik tadi la..
Bennci la aku dia ni masuk list jugakkk,,,,
Memang aku menyampah giler dgn dia nii..!!
Adooooiiii!!!!!


p/s: apsal ko ni nk marah dia?? dia x suka kat ko tu pun dah kira mujur...

ADA AKU KESAH???
HAK3
Nov 8, 2010 19 comments

Teringin...


~Mode sedang berangan-angan~

Berangan menda pulak ni?? Aduhaiiii~ Korang tengok gambar tu mesti dah tahu ape yg aku tengah berangan. Ye! Berangan nk terjun bunjee a.k.a bungee jumping! Memang teringin tahap menara kalam nak buat bungee jumping ni.... Terasa mcm fun je tgk org buat.. haha.. Biasa aku tgk org terjun bunjee dlm The Amazing Race n The Amazing Race Asia, kadang2 The Biggest Loser pun ada... Yang aku dapat tgk, mula2 dorang ni mcm takut2 tp lepas terjun je, seronok bukan main lagi.. haishh.. kejelesan aku melanda disitu.. ahaks.. Bile la agaknya turn aku ek??
Nk jugakk, walaupun..~


Perghhh,,, memang menggiurkan... dah berair dah mulut2 ni nak wat bungee jumping.. adooi!! Sape yg ada plan nk g terjun bungee ajak r aku sekali.. ekekee... tp kat Malaysia ada ke bungee jumping cam gini.. huk3,, Ape2 pun bungee jumping dah masuk dlm wish list aku.. Tak kira la ble boleh berbungee jumping ni... Yihaaaaa..!!
Nov 7, 2010 24 comments

Halwa Telinga

Kali ni aku nk share lagu omputih yang hits meletop kebaboom. Semua lagu yg aku share ni, aku selalu dengar hari2.. dengar dengan sound yg sgt dasyat! haha... Let's check it out my top 10 list..!!


1. Misery - Maroon 5



2. Airplanes II - B.O.B feat. Hayley Williams & Eminem


3. Love The Way You Lie - Eminem feat. Rihanna


4. The Only Exception - Paramore


6. Teenage Dream - Katy Perry



7. Billionaire - Travis McCoy feat. Bruno Mars



8. Hey Soul Sister - Train



9. Whatcha Say - Jason Derulo



10. Trouble Is A Friend - Lenka



Kesemua lagu2 ni aku suka dengar sebab muzik dia yang catchy dan sedap didengar.. Memang layan rr!! Tp tak da la smapai tahap jiwang gabang,.. ngee~ Walaupun dah dengar selalu mmg xpernah rase bosan.. hehe.. Kalau siapa2 yg tak dengar lagi lagu2 ni, silalah download dan dengar.

p/s: Ape lagu hits korang.. meh la share kat sini.. :D
Related Posts with Thumbnails
 
;