Dec 31, 2010 40 comments

Cerita 2010..

Pejam celik pejam celik, kita dah berada di penghujung 2010 dah, sekejap je masa berlalu... 
Sempena penghujung 2010 ni, aku nak re-cap balik apa yg dah terjadi dalam hidup aku sepanjang 2010 yang penuh dengan suka dan duka.... asam garam sebuah kehidupan! chewahhhh

Januari

Permulaan 2010 merupakan permulaan yang bermakna kerana aku berjaya sambung study n mendaftarkan diri di UiTM Terengganu untuk program Bachelor in Business Adminstration (Hons.) Islamic Banking.., yang mana salah satu cita-cita masa zaman budak-budak dulu adalah nak jadi pegawai bank, tapi bila dah besar ni cita-cita tu up sikit, nak jadi CEO Bank.. bolehh?? haha. Ni bukan berangan tapi matlamat hidup.. Paling tak leh lupa, lepas je daftar, terus pergi Kuantan, tengok wayang.. ni la 1st time aku tengok wayang, citer box office pulak tu, movie AVATAR..


Jauh pergi merantau, sampai ke East Coast Mall semata-mata nak tengok wayang.. haha. ye la, kat Terengganu ni nak tengok wayang celah mana, tu yang jakun sikit tu. ngeh3. Berbaloi la tengok Avatar tu, citer dia mmg gempak.. Bulan Januari jugak aku dapat ramai kawan-kawan baru yang sempoi dan best, dan 2 3orang kawan baru aku tu, dah jadi member kamceng aku dah, bukan stakat classmate je! Kepala gila-gila senang je nak rapat! haha

Februari

Bulan ke-2 2010, perjalanan hidup sebagai student berjalan seperti biasa, pergi kelas balik kelas,, buang masa lepak2.... main facebook sampai tak hengat!! haha... thanks kat facebook sebab dapat contact member2 sekolah rendah n menengah dulu2....!

Mac


Bulan ke-3 2010, aku berjaya mendapatkan kamera digital, Nikon S800 yang aku duk berangan nak beli tu... Memang best pakai Nikon  S800 ni, separa DSLR.. masih belajar lagi nak guna function2 yang ada dlm Nikon S800 tu.. kamera ni aku beli utk kegunaan famili aku.. Senang la nk berphotoshoot bila dah ada.


Selain tu, 1st time kot aku buat amal kebajikan kat rumah kebajikan orang2 tua.. tu pun aku join program The Unforgotten by Islamic Bankers Club (ISBAC) kat Rumah Ehsan.. memang best program macam ni, enjoy habes, so much fun!! haha

April

Bulan ke-4 2010 merupakan anniversary aku yang pertama dengan blogspot.com ni, walaupun dah 1 tahun, tapi masih merangkak2 lagi, x sempat nak bertatih lg... Masa tu mud nak berblogging tak berapa nak ada sbb terlalu asyik dengan facebook, nak update blog pun rasa malas.. adoiii...


Ni memori paling best yang sempat aku cipta di 2010.. Ko ade?? :D 
Entah macam mana lah boleh ter-accident ketika syok2 naik motor menuju ke Dungun, tapi bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan utk menikmati nikmat hidup... Tak ada la teruk sangat pun accident ni sebab masih berkeaadaan OK tp patah tulang bahu dan tulang belikat kat belakang tu sakit jugak tau, nasib baik diri ini masih normal seperti sedia kala.. thanks Allah..
Aku accident ni masa study week, esok tu aku ada final exam, terpaksa la skip paper tu, mujurlah aku masih boleh amik paper-paper yang lain.. paling best, jawab exam dlm klinik dgn mnggunakan 1 tangan yang masih gagah tu... haha, alhamdulillah, boleh jawab final exam tu smpai abes.... thanks kat housemate, classmate n my dear family yg banyak membantu aku, tak tau la ape jadi kalau tak ada dorang... :(
May Allah SWT bless all of them.


Mei

bulan ke-5 2010 ni, satu dunia terkena deman Piala Dunia , aku pun join sama... tengok match dgn kawan kat outdoor mmg bets n super gempak.. tak sia-sia aku sokong Spain dari awal sampai abes.... haha.. Kemenangan Piala Dunia 2010 menjadi milik Spain utk pertama kalinya.... Syabas!

Jun


Bulan ke-6 2010 memang menjadi sejarah trbesar dalam hidup aku.. Buat pertama kalinya aku dirai utk majlis konvokesyen di UiTM Shah Alam.. Setelah penat blaja diploma bertahun-tahun, akhirnya terbalas jua.. Dengan keaadaan yang masih separa pulih dari accident, aku dgn classmate aku dengan gigihnya pergi ke Shah Alam.. 1st time kot aku merayap2 kat Shah Alam n Kuala Lumpur tu. hahaa

July

Bulan ke-7, semester baru bermula.. nasib la result Ok,, boleh lagi aku teruskan study bachelor aku tu... Masuk sem baru ni, mmg busy gler,, So, tak ada ape2 yg menarik di bulan 7, melainkan student life menjadi rutin harian... 

Ogos

bulan ke-8 2010, umat Islam menyambut Ramadhan... Ramadhan kali ni macam best je,, bersahur n berbuka puasa dengan member2 rumah, maklum la, aku dah pndai hidup bujang dah... Ada jugak la pengalaman hidup membujang... Petang2 je tak sah tak pergi bazar ramadhan, orang bujang kan! hahaha....



Sebelum Ramadhan tiba tu, kitaorang dijemput oleh lecturer kitaorang, PM Ustaz Engku ke kebun buah beliau utk makan2 buah n berbbq kat sana,. memang sempoi la ustaz.. 

September

Lepas puasa mesti  raya pulak kan?? so, macam biasa la, rutin2 di hari raya berjalan seperti biasa... Lepas je cuti dah abes blaja seperti biasa.... Dalam sibuk2 blaja tu, sempat lagi kitaorang makan2 angin kat KL Lumpur tu.. tu pun atas tiket trip blaja....



Ni antara tempat yg sempat pergi jengok, INCEIF, ISRA & Muzium Kesenian Islam. dan melepak di Times Square,,

Oktober

Bulan ke-10 2010, adalah bulan paling busy kot... Busy dengan asignment yang bertimbun, test, presentation n projek.. haishh.. mmg super duper busy... 


Ni event paling besar kitorang kena handle atas subjek Monetary Econimcs, program santai bersama Dr. Fazley. nasib baik berjaya event ni, walaupun banyak je masalah timbul.. Tepuk tangan utk semua.


Ni event ke-2 terbesar, Dinner utk budak2 ISBAC... kitaorang sbg ISBAC part 4, kena la anjurkan event ni... memang happening la malam tu... 

November

bulan ke -11 2010, berkahir sudah final exam n semester break pun datang.... Bulan ni mmg bulan hujan la... ahri2 je ujan...  nk pergi mana2 pun susah, so duk umah je... masa ni la semangat berblogging muncul... terus aktif balik berblogging, ingtkan dah nak pencen dah dri blogspot.com ni... tetiba je idea nak update blog datang....

December


Akhirnya bulan 12 pun datang.. yeahh!! di bulan 12 ni genap umur aku 23 tahun, dah tua dah, tp x sedar2 diri lag.. muahahaa. Ada yang tanya aku, nape blog ni nama SEMBILAN DECEMBER, rupa2nya bday dorang pun 9 December jugak.. hepi belated bday yaw!!

Sebelum 9 hb, pada 7hb tu aku n famili pergi bersuka ria, pre bday celebration aku la konon, ngeh3.. kitaorang dengan jayanya pergi ke Bukit Gambang Waterpark, Kuantan dengan rombongan 3 buah kereta, semua family aku, tak ada orang lain, kalau ada orang lain ntah berapa buah kereta ntah. haha


Keriangan aku mengalahkan budak2 yg lain.. ngeh3.. ada ke patut, pic aku kat part ni je ada, kat part yg extreme2 xda pun.. ish3.. memang best main kat Gambang ni, x puas lg, nak g lagi sekali. heh2

Alhamdulilah, boleh lagi aku merasa nikmat hidup di tahun 2010 ni.. banyak kenangan2 manis tercatat di tahun 2010 ni... Walaupun agak down di pertengahan 2010, semangat tu datang balik.


SELAMAT TINGGAL 2010,
IM GONNA MISS YOU LIKE A CHILD MISS THEIR BLANKET!!



p/s: ~Thank You Allah~


n3 ni mengambil masa 3 jam utk siap digarap.. :D
11 comments

Deman Bola Melanda Di SEMBILAN DECEMBER..


Ni aku nak share keywords yg di hit kat blog yang tak seberapa ni semalam...  memang laku la benda2 yg ada kaitan dengan team bola Malaysia yang menang Piala AFF Suzuki semalam, kalah goreng pisang n kepok lekor panas.... Tengok semua keywords yg di hit tu semua berkaitan dengan bola, 98%... rasa-rasa ni la keywords paling banyak di hit kat blog aku ni, sampai keyword yang glamer yang hari-hari orang duk cari pun dah tak ada hari ni, hebatnya penangan deman bola hari ini....! kat blog2 yang lain jangan cakap la, mesti lagi gempak, aku pun tumpang sekali dengan keywords tu, kira membantu jugak la untuk up trafik blog aku yg suam2 kuku kaki kuda tu.. huk3... Kelmarin dengan officially-nya aku nk istiharkan hari ni adalah hari deman Khairul Fahmi a.k.a Khairul Fahmi Fever telah melanda disini!! Sana sini duk bercakap pasal Khairul Fahmi ni, dengan awek dia sekali kena tempias.. Memang hero la la dia sebab leh selamatkan penalti dari Pemain Paling Bernilai Piala AFF Suzuki 2010, Firman Utina.. Syabas la kat beliau, walaupun penalti dia gagal, tapi tetap pulang dengan award MVP sebab prestasi yang konsisten dari awal kejohanan! Ok la tu, dah lari tajuk dah.. haha... :))
Dec 30, 2010 28 comments

Peliknya dikau!!!

Haishh.. makin pelik orang-orang zaman sekarang ni.... Macam2 la yang terpikir kat pale otak dorang nehh... hadoiiii.... Boleh pulak dia terpikir yg orang lain tak terpikir.... ish3.. 
Amenda yang peliknya?? dah2 la mebebel tu!!

~keywords semalam~

Ni la yang pelik! nampak tak keyword yang aku highlite tu.. ??
Ke bagi korang biasa2 je??? Aku 1st time kot, jadi jakun jap.... haha
Ada ke patut, tak nak takut kucing pun kena ada tips, watdehekkk??!!!
Aku tau la aku ni takut kucing, tapi tak pernah pulak aku nak dapatkan tips2 tak takut kucing tu
haishhh.. parah sangat tuh, tak nak takut kucing sampai kena cari tips.. ayoyo!!!

rasa2 lepas ni ada tak orang cari tips tak takut Harimau Malaya ??
Jeng.. jeng.. jengggg!!!
drum roll plz!!




p/s: no heart feeling kat siapa yg berkenaan :D
Dec 29, 2010 37 comments

We Are The Champion, First Ever!!



MALAYSIA BOLEH!!!!!

Syabas kat pasukan bola sepak Malaysia yang pertama kali dalam sejarah bola sepak negara yang menjulang Piala Suzuki AFF 2010! yeahh!! Malaysia Juara, impian jadi realiti!! Walaupun tewas 2-1 pada final yang ke-2 di Stadium Gelora, Indonesia, namun bekalan 3-0 dari Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang lalu menjadi bekalan yang amat kebal untuk Malaysia..


Inilah hero-hero Malaysia yang menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2!
Terima kasih kepada mereka yg menjulang nama Malaysia!
tabik spring kat semua pemain yang kental menahan asakan pasukan Indonesia... 
Semangat Harimau Malaya!!


Penyerang berbisa dan ayam tambatan Malaysia, Mohd Safee Sali pula menjulang Malaysia dengan merangkul anugerah kasut emas pada kejohanan kali ini!


p/s: saya bangga menjadi rakyat Malaysia :D


15 comments

Kebodohan Media Indonesia Terserlah! How Come It Is???

Fuhhhh.. memang sentap jap sambil geli-geli kat halkum ni dengar berita tengahari tadi... Apsal bahalol sangat media Indonesia tu?? Desperate sangat kah?? Atau sekadar nak menunjukkan betapa rendahnya kewarasan dan mentaliti mereka dalam usaha menghasut rakyat-rakyat Indonesia serta mengaibkan Malaysia di mata dunia?? Semua orang tahu, media merupakan istrumen dan elemen terpenting dlm menyampaikan maklumat tp kalau pihak-pihak media macam segelintir media Indonesia, tak ke parah namanya??

Seingat-ingat aku ni la kebodohan yang ditunjukkan media Indonesia:-


1. FAM didenda 40 juta, xsure RM ke Rupiah, dan di gantung dari menjadi tuan rumah mana2 kejohanan bola sepak utk beberapa tahun disebabkan insiden laser tu. Padahal FAM tak tahu apa2 pun pasal tu.. kalau kena denda pun dorang akan terlibat sama sbb dorang pun main laser jugak!

S. Kunanlan

Mahalli Jasuli

2. Ada ke dia cakap S. Kunanlan dan  Mahalli Jasuli tu pemain import??!! Hahadooii.. paling menggelikan usus-usus serta halkum aku ni, dorang cakap, S. Kunanlan tu warga India.. keh3, dan Mahalli Jasuli tu warganegara Indonesia.. koh3!! lawak paling mengcemaskan di tahun 2010!! tak study dulu ke sebelum buat report? aiyakk!!!


Ape2 pun gud luck utk team Malaysia utk perlawanan paling penting dlm sejarah bola sepak Malaysia pd malam ini.. MALAYSIA BOLEH!!!


p/s: selepas perlawanan malam ni, isu ape lagi yg akan timbul?? jeng jeng jeng!!

Digarap dengan penuh emosi


credit: pic from Google.com & affsuzukicup.com
2 comments

BLOG 500 MENCARI HARTA KARUN

image


Dah 3 soalan dah kontest, maknanya 3 hari dah ia berlangsung... Kontest di hari ke-3 ni di taja oleh Wave-X, yg menaja prepaid berjumlah RM30.. best tu!  Yeah!!

Jawapannya.. jeng jeng jeng!!

3a. blogger ubat ??

3b. blog isteri Ben Ashaari ??

3c. blogger istimewa ??


RAHSIA!!!!


p/s: padahal aku pun tak tahu juga.. main hentam je...haha
12 comments

Jom Jalankan Kewajipan! [UiTM's Student Only]

Benda ni dah lama, tapi baru hari ini aku rasa tergerak hati nak buat! :D
Korang, budak2 UiTM ni dah buat ke??
tak bagitau tau aku pun! 
Hoho!

Ape benda la aku merepek ni?!
wat saspender je!

Ni pasal daftar subjek utk semester baru la ni!
Haishh! Malas betul nak buat! hoho..

Sekarang aku dah setel dah register course tu. nak tahu aku register ape?
Meh tengok ni :-

i) Paper wajib - dah setel!!

1. ISB653 - QAWAID FIQHIYYAH (ISLAMIC LEGAL MAXIMS) - B
2. ISB654 - ADVANCE FIQH MUAMALAT - B
3. ISB655 - ISLAMIC BANKING AND FINANCIAL SERVICES - B
4. MGT657 - STRATEGIC MANAGEMENT - B


 ii) Paper pilihan - tak tahu nak pilih mana ni.. adoiya!

1. FIN658 - FINANCIAL STATEMENT ANALYSIS - P
2. ISB656 - ISLAMIC CAPITAL MARKET - P


Kata hati nak amik FSA tu tapi jadual clash la pulak, kena bodek2 dengan KP ni.. :D

Semester ni memang kena strugle betul2, nak naikkan pointer biar sampai puas hati! Semester ni dah semester last dah blaja, tak ada dah main2 mcm semester lepas2.. harap2 la... 
baru sekarang nak sedar diri :(


p/S: Harap2 student UiTM n member2 dah setel dah pasal ni, jangan cari pasal doh la.. 
Student2 yg dari U lain tu, kalau kena buat yg mcm ni, pergi la buat cepat2 k.. 
Jangan tangguh2!



Dec 28, 2010 36 comments

Saya Blogger Terengganu

Ni merupakan segmen khas yg dibuat oleh Blog Pilihan Malaysia, segmen Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri.. ;)


Nama: ahmadjo (blog), jo harry ( facebook)
Status: Single but not available.. Cehhh!!
Contact: kat blog ni aje... nk lg mesra kat fb: Jo Harry
Daerah: Kuala Terengganu
Tempat tinggal: Seberang Takir...

Ape yg menarik kat Seberang Takir ni ek??
meh nk promote sikit:



1. Keropok Lekor Seberang Takir & Bukit Tok beng... Keropok lekor Bukit Tok Beng paling laku sampai ada system nombor giliran mcm kat bank kalau nk beli keropok tu.. ganas kan??!

2. Stadium runtuh.. hehe.. ko ade??


3. Lapangan Terbang Sultan Mahmud.. International Airport to be.. 



4. yang ni paling glamer sekali.. Pantai Teluk Ketapang a.k.a Pantai Airport


5. Bot penambang! dah lama tak naik ni.. :D



6. Kilang batik tekap, masih beroperasi sehingga kini.. batik tekap antara batik yg paling laris kat Pasar Besar Kedai Payang ;)



p/s: SENYUM SOKMO


credit: pics from Google.com
Dec 27, 2010 62 comments

Siapa main laser dulu??





Ni gambar insiden keeper Malaysia, Mohd. Sharbini Alawee yg di ganggu oleh pancaran laser masa lawan Indonesia diperingkat kumpulan baru2 ni, yg mana Malaysia tewas 5-1.. So, sape yg mulakan dulu??? time team dorang kalah baru nk bising2, hahahadoooiii!!!


Kalau masih tak percaya pd gambar2 ats tu, meh tengok video dari YouTube kat bawah ni... cuba tengok start dari minit yg ke 4:04. memang hampeh!!


So amacam?? sekarang mau bising, apsal???

tak tahu la ape akan jadi final yg ke-2 kat Indonesia nanti.. harap2 xda kejadian or insiden yg tak diingini berlaku,. amin~

Picture from: Google
Video from: YouTube.com
0 comments

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN


Jawapan utk soalan2 yg ditanya adalah.. :-


latest entri: 500 Blog!


latest entri: 500 Blog

latest entri: List 500 Blog

latest entri: TAK BOLEH NAK MASUK BLOG NI COZ BLOG NI ADA VIRUS KOT :D


2. pada pendapat saya pasal blog saudara Roy, first time masuk blog ni dh ketawa kecil tgk header dia yg lain dari yg lain... :D. Penulisan blog dia pun Ok dengan gaya yg friendly.. ;)

Ok.. Im done....
Tq.


Dec 26, 2010 9 comments

Gollllllllllllllllllllllllllllllll!!!!!


Minit ke 60- [Mohd Safee Sali] - Malaysia 1 - 0 Indonesia.
Minit ke 68 - [Mohd Ashari Samsudin] - Malaysia 2 - 0 Indonesia
Minit ke 72 - [Mohd Safee Sali again] - Malaysia 3 - 0 Indonesia

*****************************************************************************

FULL TIME

MALAYSIA 3 - 0 Indonesia


Well Done Malaysia!!

p/s: Just wait & play 4 another 90 minutes to become a champion!!


20 comments

1000 Followers.. It's Awesome!



Wahh! dengan awesome-nya aku nk bgtahu yg blog ni disupport oleh 1000 bloggers (setakat n3 ini ditulis) yg super duper awesome... Thanks to all yang menempek gambarnya kat Wall of Fame blog ni... 
Really appreciate it.. 
*wink2.. ;)

~Ni utk semua yg support blog ni~

Dah capai dah target sebelum 2010 pergi... yeahh!!

30 comments

Orang Kuat Malaysia!

Malam ni aksi final bola sepak Malaysia vs Indonesia Piala Suzuki AFF 2010, perlawanan final terpenting buat Malaysia utk menjulang Piala AFF Suzuki utk kali pertama! Jom kita berkenalan dulu sikit2 dengan orang2 kuat yang mampu merealisasikan harapan2 rakyat Malaysia .. yeaahh!

PENJAGA GOL
Yang ni paling kuat sekali.. tak ada dia, tak mungkin Malaysia leh masuk final..
Nama dia ni, Khairul Fahmi Che Mat, berjersi no. 22. 
Mewakili Kelantan utk Liga Super.

PERTAHANAN/BEK KANAN
Mohd Sabre Mat Abu, berjersi no.2
Mewakili Kedah utk Liga Super

PERTAHANAN/BEK TENGAH
Mohamad Muslim Ahmad, berjersi no. 24
Mewakili Harimau Muda utk Liga M.

PERTAHANAN/BEK TENGAH
Mohd. Fadhli Mohd. Shas, berjersi no. 27
Mewakili Harimau Muda utk Liga M.

PERTAHANAN/BEK KIRI
Mohd. Asraruddin Putra Omar, berjersi no. 4
Mewakili Selangor utk Liga Super

SAYAP
Mohd. Amirulhadi Zainal, berjersi no. 21
Mewakili Selangor utk Liga Super

PEMAIN TENGAH
Amar Rohidan, berjersi no. 12
Mewakili Perlis utk Liga Super

PEMAIN TENGAH
Safiq Rahim, berjersi no. 8, (Kapten)
Mewakili Selangor utk Liga Super

SAYAP
Kunanlan Subramanian, berjersi no.16
Mewakili Negeri Sembilan utk Liga Super


PENYERANG
Norshahrul Idlan Talaha, berjersi no. 9
Mewakili Kelantan utk Liga Super

PENYERANG
Mohd Safee bin Mohd Sali, berjersi no.10
Mewakili Selangor utk Liga Super

Dan yang terpenting sekali,


K. RAJAGOBAL
Jurulatih Skuad Malaysia

harap2 mereka bermain dengan cemerlang dan lebih baik dari aksi separuh akhir menentang juara betahan, Vietnam.. Perlawan final pertama ni sangat penting utk menjadi bekalan ke final ke-2 di Indonesia.
Chayok2, Peteh Malaysia Peteh!!!
Malaysia Boleh!!!


Related Posts with Thumbnails
 
;