Nov 25, 2010

Pelaburan Yang Efektif


~Wah3... Banyaknya emas!!! Nak 1 Boleh??~
boleh..! boleh blah!!

Zaman sekarang ni semua nak kaya kan?? kan? kan? korang pun ape kurangnya kan?! kan? kan?.. aku pun sama! ahaks tak salah nak kaya, tapi jangan sampai mencuri, merompak, menipu dan lain-lain lagi yang mampu memudaratkan diri sendiri dan terutama sekali hidup orang lain.. Macam-macam sekarang ni orang buat untuk nak jadi kaya, jual ni jual itu, masuk ini masuk itu.. tak kira yang tua atau yang muda, sama-sama galak nak kaya.. Bagus-bagus..! Disitu nampak usaha untuk jadi kaya.. Entri kali aku nak share dengan korang tentang pelaburan yang paling efektif untuk korang yang ingin menambahkan duit yang dah banyak tu..

Emas bukan sekadar besi berharga yang dijadikan barang perhiasan untuk wanita tapi dia ada "store value"nya yang tersendiri yang merupakan pelaburan yang paling efektif.. Dengan melabur dengan menggunakan emas, ia bermakna emas bukanlah sekadar untuk dipakai atau disimpan dan tidak boleh diniagakan di mana-maan pasaran. Harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan memyebabkan perubahan pada harga emas tersebut menjadi semakin tinggi. Masa itulah korang boleh melipat gandakan keuntungan korang dengan menjual emas tersebut.. Contohnya, beberapa tahun lepas seorang mak cik pergi kedai emas lalu membeli emas dengan harga RM1000. Tahun ni masa harga emas tengah tinggi, mak cik tersebut pergi ke kedai emas nak jual emas yang dibeli beberapa tahun lepas tu, tokey emas cakap, harga emas mak cik tu RM3000 lebih nilainya,, Tak ke terkejut beruk mak cik tu! Suka bukan kepalang lagi, boleh beli emas lain pulak yang lebih mahal or guna duit tu wat pergi haji.. Korang nampak tak disitu kegunaan emas dalam pelaburan.. Memang sangat-sangat menguntungkan.. Daripada simpan duit dalam bank, ASB, ASN or etc, yang dividen yang tak seberapa, baik beli emas.. Kalau takut emas tu hilang, boleh simpan dalam bank.. Tak rugi.!

4 comments:

mimiekucayang said...

mmg berbaloi ;)

ahmad jo said...

@mimiekucayang: kan3?!

CekLa said...

masyuk ni! tercari2 dmana sesuai buat pelaburan emas ni.

ahmad jo said...

@Cekla: simpan emas kat bank la.. selamat n terjamin... try usha2 bank yg ada pelaburan emas ;)

Related Posts with Thumbnails
 
;