Pejam celik pejam celik, kita dah berada di penghujung 2010 dah, sekejap je masa berlalu...
Sempena penghujung 2010 ni, aku nak re-cap balik apa yg dah terjadi dalam hidup aku sepanjang 2010 yang penuh dengan suka dan duka.... asam garam sebuah kehidupan! chewahhhh
Januari
Permulaan 2010 merupakan permulaan yang bermakna kerana aku berjaya sambung study n mendaftarkan diri di UiTM Terengganu untuk program Bachelor in Business Adminstration (Hons.) Islamic Banking.., yang mana salah satu cita-cita masa zaman budak-budak dulu adalah nak jadi pegawai bank, tapi bila dah besar ni cita-cita tu up sikit, nak jadi CEO Bank.. bolehh?? haha. Ni bukan berangan tapi matlamat hidup.. Paling tak leh lupa, lepas je daftar, terus pergi Kuantan, tengok wayang.. ni la 1st time aku tengok wayang, citer box office pulak tu, movie AVATAR..
Jauh pergi merantau, sampai ke East Coast Mall semata-mata nak tengok wayang.. haha. ye la, kat Terengganu ni nak tengok wayang celah mana, tu yang jakun sikit tu. ngeh3. Berbaloi la tengok Avatar tu, citer dia mmg gempak.. Bulan Januari jugak aku dapat ramai kawan-kawan baru yang sempoi dan best, dan 2 3orang kawan baru aku tu, dah jadi member kamceng aku dah, bukan stakat classmate je! Kepala gila-gila senang je nak rapat! haha
Februari
Bulan ke-2 2010, perjalanan hidup sebagai student berjalan seperti biasa, pergi kelas balik kelas,, buang masa lepak2.... main facebook sampai tak hengat!! haha... thanks kat facebook sebab dapat contact member2 sekolah rendah n menengah dulu2....!
Mac
Bulan ke-3 2010, aku berjaya mendapatkan kamera digital, Nikon S800 yang aku duk berangan nak beli tu... Memang best pakai Nikon S800 ni, separa DSLR.. masih belajar lagi nak guna function2 yang ada dlm Nikon S800 tu.. kamera ni aku beli utk kegunaan famili aku.. Senang la nk berphotoshoot bila dah ada.
Selain tu, 1st time kot aku buat amal kebajikan kat rumah kebajikan orang2 tua.. tu pun aku join program The Unforgotten by Islamic Bankers Club (ISBAC) kat Rumah Ehsan.. memang best program macam ni, enjoy habes, so much fun!! haha
April
Bulan ke-4 2010 merupakan anniversary aku yang pertama dengan blogspot.com ni, walaupun dah 1 tahun, tapi masih merangkak2 lagi, x sempat nak bertatih lg... Masa tu mud nak berblogging tak berapa nak ada sbb terlalu asyik dengan facebook, nak update blog pun rasa malas.. adoiii...
Ni memori paling best yang sempat aku cipta di 2010.. Ko ade?? :D
Entah macam mana lah boleh ter-accident ketika syok2 naik motor menuju ke Dungun, tapi bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan utk menikmati nikmat hidup... Tak ada la teruk sangat pun accident ni sebab masih berkeaadaan OK tp patah tulang bahu dan tulang belikat kat belakang tu sakit jugak tau, nasib baik diri ini masih normal seperti sedia kala.. thanks Allah..
Aku accident ni masa study week, esok tu aku ada final exam, terpaksa la skip paper tu, mujurlah aku masih boleh amik paper-paper yang lain.. paling best, jawab exam dlm klinik dgn mnggunakan 1 tangan yang masih gagah tu... haha, alhamdulillah, boleh jawab final exam tu smpai abes.... thanks kat housemate, classmate n my dear family yg banyak membantu aku, tak tau la ape jadi kalau tak ada dorang... :(
May Allah SWT bless all of them.
Mei
bulan ke-5 2010 ni, satu dunia terkena deman Piala Dunia , aku pun join sama... tengok match dgn kawan kat outdoor mmg bets n super gempak.. tak sia-sia aku sokong Spain dari awal sampai abes.... haha.. Kemenangan Piala Dunia 2010 menjadi milik Spain utk pertama kalinya.... Syabas!
Jun
Bulan ke-6 2010 memang menjadi sejarah trbesar dalam hidup aku.. Buat pertama kalinya aku dirai utk majlis konvokesyen di UiTM Shah Alam.. Setelah penat blaja diploma bertahun-tahun, akhirnya terbalas jua.. Dengan keaadaan yang masih separa pulih dari accident, aku dgn classmate aku dengan gigihnya pergi ke Shah Alam.. 1st time kot aku merayap2 kat Shah Alam n Kuala Lumpur tu. hahaa
July
Bulan ke-7, semester baru bermula.. nasib la result Ok,, boleh lagi aku teruskan study bachelor aku tu... Masuk sem baru ni, mmg busy gler,, So, tak ada ape2 yg menarik di bulan 7, melainkan student life menjadi rutin harian...
Ogos
bulan ke-8 2010, umat Islam menyambut Ramadhan... Ramadhan kali ni macam best je,, bersahur n berbuka puasa dengan member2 rumah, maklum la, aku dah pndai hidup bujang dah... Ada jugak la pengalaman hidup membujang... Petang2 je tak sah tak pergi bazar ramadhan, orang bujang kan! hahaha....
Sebelum Ramadhan tiba tu, kitaorang dijemput oleh lecturer kitaorang, PM Ustaz Engku ke kebun buah beliau utk makan2 buah n berbbq kat sana,. memang sempoi la ustaz..
September
Lepas puasa mesti raya pulak kan?? so, macam biasa la, rutin2 di hari raya berjalan seperti biasa... Lepas je cuti dah abes blaja seperti biasa.... Dalam sibuk2 blaja tu, sempat lagi kitaorang makan2 angin kat KL Lumpur tu.. tu pun atas tiket trip blaja....
Ni antara tempat yg sempat pergi jengok, INCEIF, ISRA & Muzium Kesenian Islam. dan melepak di Times Square,,
Oktober
Bulan ke-10 2010, adalah bulan paling busy kot... Busy dengan asignment yang bertimbun, test, presentation n projek.. haishh.. mmg super duper busy...
Ni event paling besar kitorang kena handle atas subjek Monetary Econimcs, program santai bersama Dr. Fazley. nasib baik berjaya event ni, walaupun banyak je masalah timbul.. Tepuk tangan utk semua.
Ni event ke-2 terbesar, Dinner utk budak2 ISBAC... kitaorang sbg ISBAC part 4, kena la anjurkan event ni... memang happening la malam tu...
November
bulan ke -11 2010, berkahir sudah final exam n semester break pun datang.... Bulan ni mmg bulan hujan la... ahri2 je ujan... nk pergi mana2 pun susah, so duk umah je... masa ni la semangat berblogging muncul... terus aktif balik berblogging, ingtkan dah nak pencen dah dri blogspot.com ni... tetiba je idea nak update blog datang....
December
Akhirnya bulan 12 pun datang.. yeahh!! di bulan 12 ni genap umur aku 23 tahun, dah tua dah, tp x sedar2 diri lag.. muahahaa. Ada yang tanya aku, nape blog ni nama SEMBILAN DECEMBER, rupa2nya bday dorang pun 9 December jugak.. hepi belated bday yaw!!
Sebelum 9 hb, pada 7hb tu aku n famili pergi bersuka ria, pre bday celebration aku la konon, ngeh3.. kitaorang dengan jayanya pergi ke Bukit Gambang Waterpark, Kuantan dengan rombongan 3 buah kereta, semua family aku, tak ada orang lain, kalau ada orang lain ntah berapa buah kereta ntah. haha
Keriangan aku mengalahkan budak2 yg lain.. ngeh3.. ada ke patut, pic aku kat part ni je ada, kat part yg extreme2 xda pun.. ish3.. memang best main kat Gambang ni, x puas lg, nak g lagi sekali. heh2
Alhamdulilah, boleh lagi aku merasa nikmat hidup di tahun 2010 ni.. banyak kenangan2 manis tercatat di tahun 2010 ni... Walaupun agak down di pertengahan 2010, semangat tu datang balik.
SELAMAT TINGGAL 2010,
IM GONNA MISS YOU LIKE A CHILD MISS THEIR BLANKET!!
p/s: ~Thank You Allah~
n3 ni mengambil masa 3 jam utk siap digarap.. :D